Program Khas Merdeka & Hari Malaysia@Nadi 2025

8 September 2025 | Aktiviti Terkini

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia 2025@NADI telah berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Semanggar Dalam pada Ahad, 7 September 2025. Program ini bermula seawal jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan mewarna Merdeka bersama kaum ibu, kuiz Merdeka secara dalam talian, Semakan status kelayakan SARA dan STR, dan Kelas Kesedaran e-Sukan. Program ini turut dimeriahkan dengan sesi siaran langsung bersama YB Menteri Komunikasi. Para pengunjung juga berpeluang menikmati juadah sarapan pagi yang disediakan oleh pihak NADI.

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti, di samping mempereratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali